Sunday, June 20, 2010

HUKUM SOLAT JUMAAT BAGI WANITA


Tiada khilaf bahawa wanita tidak diwajibkan untuk solat Jumaat. Ibnu Munzir telah berkata dalam kitabnya (Ijmak):

"Telah bersepakat semua ulama yang kami tahu; tidak wajib solat Jumaat kepada wanita."

Dalilnya adalah hadis Nabi s.a.w:

الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة:عبد مملوك أو إمراءة أو صبي أو مريض

Maksudnya: Solat JUmaat adlh hak yg wajib bg setiap Muslim secara berjemaah melainkan 4 golongan:

1. Hamba sahaya. 2. Perempuan. 3. Budak yg tak balig. 4. Pesakit. (HR Abu Daud).

Wanita yang pergi menunaikan solat Jumaat :

Wanita dibenarkan pergi solat Jumaat, walaupun solat di rumah lebih baik. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w:

لاتمنعوا نساءكم المساجد وبيوتهن خير لهن

Maksudnya: Jangan kamu tegah isteri dan anak perempuan kamu untuk solat di masjid; Solat di rumah lebih baik bagi mereka.(HR Abu Daud)

JIka mereka hendak ke masjid hendaklah mereka dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah seperti memakai wangian dan sebagainnya. Nabi bersabda:

لا تمنعوا إماء الله المساجد ولكن ليخرجن تفلات

Maksudnya: Janganlah kamu tegah wanita-wanita di bawah tanggunganmu ke masjid; tetapi hendak mereka keluar dengan tidak memakai wangian. (Bukhari dan Muslim)

Wanita yang telah menunaikan solat Jumaat tidak lagi perlu solat Zuhur. IBnu Munzir berkata:

Para ulama telah bersepakat mana-mana wanita yang telah solat Jumaat maka itu mencukupi baginya (tidak perlu solat zuhur); kerana gugur solat Jumaat adalah satu keringanan bagi mereka. Jika mereka buat yang lebih susah maka ianya memadai seperti orang yang sakit.

Wallahu a’lam.

Saturday, June 12, 2010

JAHANNAM ISRAEL!

Gambar di bawah bukanlah satu pesta bunga api sempena hari kemerdekaan di Gaza...





Apa yang berlaku pada mereka hari ini tidak mustahil akan menimpa kita pada masa akan datang... Justeru satukan fikrah, kuatkan jamaah dan laksanakan amanah kita pada agama dan ummah...