Sunday, June 20, 2010

HUKUM SOLAT JUMAAT BAGI WANITA


Tiada khilaf bahawa wanita tidak diwajibkan untuk solat Jumaat. Ibnu Munzir telah berkata dalam kitabnya (Ijmak):

"Telah bersepakat semua ulama yang kami tahu; tidak wajib solat Jumaat kepada wanita."

Dalilnya adalah hadis Nabi s.a.w:

الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة:عبد مملوك أو إمراءة أو صبي أو مريض

Maksudnya: Solat JUmaat adlh hak yg wajib bg setiap Muslim secara berjemaah melainkan 4 golongan:

1. Hamba sahaya. 2. Perempuan. 3. Budak yg tak balig. 4. Pesakit. (HR Abu Daud).

Wanita yang pergi menunaikan solat Jumaat :

Wanita dibenarkan pergi solat Jumaat, walaupun solat di rumah lebih baik. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w:

لاتمنعوا نساءكم المساجد وبيوتهن خير لهن

Maksudnya: Jangan kamu tegah isteri dan anak perempuan kamu untuk solat di masjid; Solat di rumah lebih baik bagi mereka.(HR Abu Daud)

JIka mereka hendak ke masjid hendaklah mereka dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah seperti memakai wangian dan sebagainnya. Nabi bersabda:

لا تمنعوا إماء الله المساجد ولكن ليخرجن تفلات

Maksudnya: Janganlah kamu tegah wanita-wanita di bawah tanggunganmu ke masjid; tetapi hendak mereka keluar dengan tidak memakai wangian. (Bukhari dan Muslim)

Wanita yang telah menunaikan solat Jumaat tidak lagi perlu solat Zuhur. IBnu Munzir berkata:

Para ulama telah bersepakat mana-mana wanita yang telah solat Jumaat maka itu mencukupi baginya (tidak perlu solat zuhur); kerana gugur solat Jumaat adalah satu keringanan bagi mereka. Jika mereka buat yang lebih susah maka ianya memadai seperti orang yang sakit.

Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment