Thursday, August 13, 2009

KHABAR MENGEJUTKAN...

Gambar kenangan bersama Al-Marhum Ustaz Asri dan Rabbani

Kira-kira jam 11.56 pagi saya menerima sms daripada isteri - "Asri Rabbani meninggal.." Tak lama kemudian saya terima lagi beberapa sms yang menyatakan perkara yang sama. Seperti rasa tidak percaya, saya terus menghubungi sahabat, Frizdan.. "Aku on the way ke Hospital Pantai... Ustaz Asri meninggal pagi tadi.."

Dalam keadaan yang agak tersentak dengan berita tersebut, fikiran saya tanpa diarah terus terkenang dengan arwah. Lagu-lagu dan zikir-zikir munajat yang beliau sampaikan bagai kedengaran di telinga ketika itu... Kehilangan beliau sangat dirasai walau hanya beberapa kali berkesempatan bertemu dan berbual dengan beliau. Sifat peramah dan mesra beliau membuatkan sesiapa sahaja tidak berasa kekok atau segan untuk mendekatinya. Saya mengikuti perkembangan beliau semenjak kemunculan beliau bersama kumpulan nasyid Nadamurni lagi. Malah caller ringtone dan ringtone telefon saya pun masih menggunakan lagu hits beliau ketika dulu.. "Munajat" dan "Impian Hamba".

Semoga beliau sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT dan moga segala pengorbanan mendaulatkan hiburan Islam akan menjadi amal di sisi Allah dan menjadi bekal untuk bertemuNya nanti.
Al-Fatihah.

1 comment:

  1. Salam.. memang mengejutkan. Ana terkedu ketika dapat khabar itu. Adakah lagi penyambung usaha dakwah almarhum nanti?

    Almarhum sudah tamat tugasnya...
    tanggungjawabnya...usaha dakwahnya...yg tinggal baginya adalah menikmati hasilnya di dunia abadi di sana.

    Tugas kita masih belum tamat...ayuh...kita lahirkan 100 lagi "Asri Rabbani" buat penyambung usaha dakwah kita..

    Ustaz Asri... damailah dirimu di sana...

    * lagu kegemaranku : KERLIPAN CINTA...

    ReplyDelete