Thursday, May 27, 2010

MENJELAJAH KE HUJUNG BENUA SABAH

Rumah Kaum Rungus, Kudat Sabah

Simpang ke Tip of Borneo

Mercu Tanda The Tip of Borneo


Yes, I'm here..!

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU


(Mesej 1)
Rasulullah pernah b'sabda: "Andai ditimbang tinta pena GURU dgn para syuhada, maka lbh berat pahala guru drp pahala darah para syuhada. Brgsiapa yg menziarahi s'org GURU maka seolah2 dia menziarahiku & brgsiapa yg b'jabat tgn dgn GURUnya, maka seolah2 dia b'jabat tgn dgnku". Rasulullah is the best teacher of all mankind. HAPPY TEACHER'S DAY!

(Mesej 2)
Dulu, murid hormat dan takut Guru, kini..Guru takut murid. Dulu, Guru chalk n talk. Kini..Guru kena slow talk. Dulu, Guru boleh claim. Kini...x boleh complain. Dulu, Hari Guru dpt wang saku. Kini..Hari Guru dpt 'penyapu'..kena Gotong-royong... SELAMAT HARI GURU!

(Mesej 3)
Byk dpt BUNGA? * tanda tugas guru mgharumkan dunia. Dpt PEN? * tanda guru bijak melakar kata. Dpt PEMADAM? * tanda guru sentiasa mmbetulkan yg dusta. Dpt MESEJ? * tanda guru sentiasa d ingatan! *SLMT HARI GURU * :)

(Mesej 4)
'Guru' bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU.. 'Guru' juga kadang kala seperti TV3 kerana MENJADI INSPIRASI HIDUPKU....yang pasti 'Guru' juga bagaikan TV9 DEKAT DIHATI...dan yg paling penting 'Guru' juga bagaikan PACKAGE ASTRO kerana MACAM-MACAM ADA..."SELAMAT HARI GURU"..

(Mesej 5)
Apakh cita2 anda sblm jd guru? Mejistret? Loyar? Enjiniar? Anda menyesal jd guru? Cuba lihat,ada x loyar yg sggup pakai topi arkitek?Ada x mejistret yg berani sarung kot doktor? Tp GURU adalah SEMUA itu. Kita la doktor bila budak sakit. Loyar bila parents soal. Mejistret bila budak bgaduh. Hatta security guard & AHLI NUJUM pun kita! Kita plak jd tkg kebun gtg ryg perdana juga.. Oleh itu, banggalah jd cikgu. SELAMAT HARI GURU.

(Mesej 6)
'Jadilah seorang guru yg hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU, tingkahlakunya di TIRU.. HAPPI TEACHER'S DÆY!

Berikut adalah beberapa mesej sempena Hari Guru yang sempat di paste kan. Lumrah bila tiba sesuatu hari perayaan, maka sms lah penghubung ucapan. Kadang-kadang mesej yang sama diterima berulang kali hatta mesej yang dicipta sendiri pun diterima lagi..

Walau apa pun isi mesej yang diterima, setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pengirim - guru, sahabat, anak murid dan semuanya..

Bersempena Hari Guru yang diraikan bersama, sekali lagi terima kasih diucapkan kepada semua guru yang pernah dan telah mendidikku tanpa mengenal jemu.. Terima kasih Allahyarham Cikgu Zakaria (guru BM & Muzik), Allahyarham Cikgu Rahim (guru yang melatihku menulis karangan dengan tulisan yang cantik), Cikgu Ariffin, Cikgu Baijuri, Cikgu Rosnah, Ustazah Hamisah, Cikgu Faisal, Ustaz Hussein ( yang memperkenalkanku erti pentarbiyahan dalam jamaah), Cikgu Mohamad, Cikgu Noraini, Cikgu Jaafar (guru yg bertanggungjawab memberi minat kepadaku subjek sejarah), Cikgu Arshad, Ust. Muhammad Mustaffa, Allahyarham Ustaz Ramli, Ustaz Rahim, Mr. Cheah, Ust Abdullah Tahmim, Ust Rusdi, Ustaz Muhammad Idris, Ust Mustaffa, Dr Syarifah Hayati, Dr Shukri Mohamad, Ust Abd Rahman Awang Soh, Ustazah Hendon, Ust Saidi dan ramai lagi para pendidikku yang tak tersebut di sini. Mudah-mudahan kalian sentiasa di bawah rahmat dan maghfirah Allah SWT. Tanpa kalian, siapalah aku kini... SELAMAT HARI GURU...

Monday, May 10, 2010

Percubaan pertama...



Salam sahabat.
Setelah lama tak berblogging baru mlm ni berkesempatan mencuba sesuatu yg baru dalam hidup saya.. Yang mungkin orang lain dah lama mencubanya... Update blog melalui telefon...

Ape pun moga kesempatan dan pengalaman ini membangkitkan semangat semula utk beraksi di alam blog ni..

Sekian, terima kasih...

Tuesday, February 16, 2010

MAKAN BESAR...

Pengantin dirai... Selamat Pengantin Baru
Abdul Manar & Nor Saadah (anak buah)

Menikmati makan besar-besaran bersama adik beradik di hari kenduri anak buah di Kuala Selangor pada 14 Februari yang lalu...

Lauk beraneka ragam membuatkan perut tak tentu hala tak sabar nak makan...

Friday, December 25, 2009

CINTA DI RUMAH HASSAN AL-BANNA


Dah lama nak dapatkan buku ni. Alhamdulillah baru-baru ni berkesempatan ke Pustaka Mukmin Jln TAR KL dan berjaya mendapatkannya... Apa yang best sangat buku ni hingga mencapai tahap 'best seller'? Daripada tajuk buku pun kita boleh rasakan ada sesuatu yang istimewa yang dirungkaikan oleh penulis - Muhammad Lili Nur Aulia - ini.

Bagi mereka yang melibatkan diri dengan jamaah Islam, amat malu jika nama tokoh Mujaddid Ummah - Imam Hassan al-Banna - ini tidak dikenali. Sebut sahaja nama beliau pasti akan terbayang ketokohan dan kewibawaan beliau dalam memimpin Ikhwanul Muslimin hinggalah akhir hayatnya. Walaupun banyak sekali terbitan yang memaparkan kisah perjuangan beliau dalam memimpin ummat namun amat sedikit tulisan yang mencungkil rahsia peranan beliau sebagai seorang ayah dalam mendidik anak-anaknya.

Justeru dengan terbitnya buku "Cinta di Rumah Hassan al-Banna" ini mampu memberi tauladan jelas kepada kita terutama para bapa dalam berperanan memberi tarbiyah kepada anak-anak selaku penerus perjuangan Islam di masa hadapan. Buku ini menegaskan tidak ada pemisahan antara keluarga dan dakwah, sekaligus menjawab pertanyaan ; "Mana yang lebih penting, dakwah untuk ummat ataupun membina keluarga?"

Sesungguhnya yang meletakkan dasar pergerakan dakwah moden seperti Hassan al-Banna telah memberikan contoh bahawa yang merasakan sentuhan pertama nilai pendidikan seorang dai'e adalah orang terdekatnya. Jika dia seorang ayah, maka isteri dan anak-anaknyalah yang akan merasakan sentuhan pertama itu. Begitu juga apabila dia seorang ibu.

Dengan hanya RM 13.00 senaskhah, pelaburan anda pasti berbaloi-baloi-baloi!

Thursday, December 3, 2009

Kenapa manusia diuji oleh Allah SWT?



Dalam ayat kedua surah al-Mulk, Allah berfirman yang bermaksud: "Dia (Allah) yang mencipta kematian dan kehidupan bertujuan untuk menguji siapakah di kalangan kamu yang paling amalannya."



Ayat ini menunjukkan, bahawa setiap daripada kita tidak terlepas atau dibiarkan begitu sahaja tanpa diuji oleh Allah, ia tidak lain adalah untuk mengetahui kebenaran iman kita kepada-Nya atau sebaliknya, hakikat ini telah disingkap oleh Allah menerusi ayat 2-3 surah al-Ankabut yang bermaksud: “Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan berkata, kami beriman kepada Allah, sedangkan mereka tidak diuji lagi. Sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka semata-mata untuk mengetahui mereka benar-benar beriman atau mereka berdusta untuk beriman kepada Allah.”



Tetapi kenapa manusia diuji, apakah hikmah atau rahsia di sebalik ujian yang diterima?

Para ulama bersepakat, bahawa hikmah yang boleh disimpulkan dalam forum ini, antaranya :



1- Untuk mencapai pengabdian hakiki kepada Allah SWT.


2- Ujian yang menimpa umat Islam secara khusus, adalah untuk mematangkan mereka dalam kehidupan di muka bumi ini.


3- Bertujuan untuk menghapuskan dosa yang dilakukan oleh manusia.


4- Bertujuan untuk memperolehi pahala serta memartabatkan kedudukan mereka di sisi Allah SWT.


5- Dengan adanya ujian, ia memberi peluang kepada manusia untuk memikirkan akan segala kesalahan yang dilakukan pada diri sendiri dan orang lain di masa lampau.


6- Ujian merupakan satu pengajaran untuk kembali bertauhidkan kepada Allah.


7- Ujian juga mampu untuk menghilangkan rasa ego dalam diri dan menyediakan jalan untuk mendekati Allah.


8- Ujian ditimpakan ke atas manusia adalah untuk menyedarkan mereka akan kelebihan yang ada pada diri mereka setelah diuji.


9- Ujian juga berperanan untuk mendidik manusia menjadi matang dan mantap dalam segenap aspek kehidupan mereka.


10- Untuk mengenal kawan sebenar atau kawan yang berkepentingan, ia boleh didapati setelah adanya ujian daripada Allah.


11- Ujian juga mampu untuk mengingatkan manusia akan segala kesalahan sebagai persiapan untuk bertaubat kepada Allah.


12- Ujian mampu menyingkap hakikat sebenar dunia yang menjanjikan pelbagai tipu daya.


13- Ujian mampu untuk mengingatkan manusia akan kelebihan nikmat kesihatan dan kurniaan Allah.

Friday, November 20, 2009